Luqman itu adalah anak kepada
Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak
saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara
kepada Nabi Ayub a.s. Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai
seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s.,
bahkan dia juga pernah menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya
Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk
mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
AI-Allahamah AI-Alusy berkata:
“Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s”.
Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka
atau seorang hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba
Habsyi”. Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman
bukanlah seorang nabi maupun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala
ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya
DIA ridho dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka karena itu, kisah ini
diceritakan di dalam Al-Quran agar kita semua dapat mengambil pedoman dan
berpegang dengan wasiat-wasiatnya”.
Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’
salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun
seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini,
kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.
Para ulama’ semuanya sepakat
mengatakan Luqman itu seorang makhluk yang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak
bistari), bukan seorang nabi, karena lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan
‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah
(kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di antara para
ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas.
Wallahu A’lam”.
Ibnu Kathir menyebut nama beliau
di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam”.
Diceritakan dari As Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah
Luqman bin Tharan”. Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu
Ishaq menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu
Ibrahim AI-Khalil.
Diceritakan,
bahawa Luqman telah tidur di tengah hari lalu kedengaran suara memanggilnya:
“Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang
memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku
menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak mauu bala
(ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Karena saya tahu
bahawa Allah Ta’ala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan
memelihara saya”. Kemudian para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah
engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim
kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari
segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan
tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu
lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih
daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat”. Para
malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman
tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan
kata-kata yang berhikmah selepas itu.
Juga diriwayatkan bahawa Luqman
itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan
seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap
dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah
engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang
lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang
begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap
benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya”.
Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari
Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak.
Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang,
iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab)
dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah
yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman
adalah seorang hamba Habsyi dari seorang lelaki kalangan bani Israil. Kemudian
beliau dibebaskan dan diberikannya harta”. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,
dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:
“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman?
“Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu”. Baginda
bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi”. Pendapat yang mengatakan dia adalah
seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili berkata: “Luqman
adalah Naubah dari penduduk Ielah ( Sebuah bandar di tepi laut merah ).”
Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah
bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai
kepadamu tentang perihal diri Luqman? “Jabir menjawab: “Dia adalah seorang yang
pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah”, juga sebagaimana yang
disebutkan dari Sa’id bin AI Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan,
Mesir”.
Al-Hassan Al-Basri pula berkata:
“Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat
tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut
usianya dan meninggal dunia”.
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku
telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan
tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur
nabi-nabi sebelum Luqman. Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti
sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya,
Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang
hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah
merasa cukup?!! “
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid:
“Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud
a.s”
Demikianlah siapa itu Luqman al-Hakim.
Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai
hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan diabadikan di dalam Al
Quran.
Dipetik dari tulisan
Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim
ceritanya bagus
BalasHapusingin baca bukunya
Tengkyu.. bukunya kan sudah punya
Hapus